Followers

Friday, August 22, 2014

BN sedar ‘rampasan kuasa Perak’ tidak akan berulang di Selangor, kata Noh OLEH ANISAH SHUKRY

Photo: BN sedar ‘rampasan kuasa Perak’ tidak akan berulang di Selangor, kata Noh

OLEH ANISAH SHUKRY

Published: 22 August 2014

Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bercakap kepada pemberita selepas sidang media Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada hari menteri besar Selangor itu mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus mentadbir negeri. 

Ketika Pakatan Rakyat (PR) berisiko untuk berpecah disebabkan krisis menteri besar Selangor, Barisan Nasional (BN) di negeri itu tiada pilihan selain hanya memerhati ekoran kedudukan bilangan kerusi yang begitu kecil untuk mengambil alih negeri berkenaan.

Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kepada The Malaysian Insider, 'langkah Perak' bukanlah pilihan, merujuk insiden pada 2009 apabila kerajaan PR tumbang setelah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka - dua daripada PKR, satu DAP - melompat parti dan menjadi Adun Bebas mesra BN.

"Tidak kira apa kita mungkin boleh buat, kita tetap akan kekal sebagai pembangkang. Kita sedar jumlah kerusi kita. Kami hanya mempunyai 12 daripada 56 kerusi DUN dalam kerajaan negeri," katanya, dalam satu temubual eksklusif.

"Isu bekerjasama dengan PAS tidak timbul," katanya, dan menambah, sebarang komen untuk 'kerajaan perpaduan' datang daripada anggota parti Islam itu.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, sia-sia saja jika BN cuba memikat PAS membentuk kerjasama memandangkan jumlah kerusi DUN kedua-duanya masih gagal membentuk majoriti dua pertiga.

"Ini bukan seperti di Perak pada 2009, ketika perbezaan antara PR dan BN sangat kecil, dan BN berupaya mengambil alih kerajaan Perak melalui tiga Adun yang melompat parti," katanya.

Noh berkata, BN sedar "drama" panjang yang dipaparkan tiga parti berkenaan tidak akan memecahkan mereka walaupun kepimpinan PR memberi amaran PAS mungkin akan keluar daripada gabungan berkenan.

"Kita sedar ini permainan mereka. Kenapa kita perlu masuk campur medan tempur mereka? Kalau PAS atau DAP jadi menteri besar sekalipun, kami tetap pembangkang," katanya.

Katanya, daripada gagal mengambil kesempatan memecahkan gabungan berkenaan, BN fokus kepada menjadi "pembangkang yang baik."

"Kita hanya boleh memerhatikan saja mereka, fokus kepada menjadi pembangkang yang baik dan memastikan kerajaan kekal stabil,” katanya.

Ada yang mungkin beranggapan BN berputus asa, namun, Noh menafikannya dan berkata strategi terbaik yang boleh parti itu gunakan dalam kedudukannya sekarang adalah menjauhkan diri daripada situasi berkenaan.

Beliau berkata, BN kini fokus untuk kembali berkuasa dalam kerajaan negeri Selangor melalui peti undi, sama ada dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya negeri.

Noh berkata, meskipun mereka menyuarakan sokongan tanpa syarat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar, tindakan berkenaan bukanlah strategi mendapatkan kuasa lebih di Selangor.

"Kami menyokong Khalid untuk menstabilkan kerajaan, melindungi kepentingan rakyat. Beliau menandatangani perjanjian air dengan kerajaan pusat untuk menamatkan krisis air. Kami mahu ia diteruskan.

"Kami menyokong beliau bukan kerana untuk ambil alih kerajaan. Itu tidak akan berlaku,” katanya.

Noh berkata, meskipun Khalid menawarkan kepada Adun BN untuk menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), mereka tidak akan menerimanya kerana ia bermaksud mereka berkompromi untuk bekerjasama dengan 4 exco PAS.

"Umno tidak akan mengikut rentak PR. Kami tidak akan terbabit dengan masalah dalaman mereka," katanya.

Noh bagaimanapun enggan mengulas persediaan Umno untuk menghadapi pilihan raya mengejut, dan berkata, akan menunggu keputusan Sultan terlebih dahulu.

Sultan Selangor dijangka kembali ke tanah air esok (Sabtu) dan situasi di Selangor bergantung kepada keputusan baginda.

Ahad lalu, PR mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid, yang dipecat keahlian PKR pada 9 Ogos.

Khalid kemudiannya menulis surat kepada Sultan namun baginda mengarahkan Khalid untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga kepulangannya.

Pada 11 Ogos, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan meneruskan khidmat Khalid sebagai menteri besar selepas beliau memaklumkan masih lagi menerima sokongan majoriti DUN.

Khalid kekal sebagai menteri besar daripada blok Bebas buat masa ini, dan menguruskan kerajaan negeri bersama 4 exco PAS selepas beliau memecat 6 exco daripada PKR dan DAP pada 12 Ogos lalu. – 22 Ogos, 2014.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-sedar-rampasan-kuasa-perak-tidak-akan-berulang-di-selangor-kata-noh#sthash.y3ZW5REZ.dpuf Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bercakap kepada pemberita selepas sidang media Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada hari menteri besar Selangor itu mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus mentadbir negeri.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-sedar-rampasan-kuasa-perak-tidak-akan-berulang-di-selangor-kata-noh#sthash.y3ZW5REZ.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.