Followers

Friday, August 8, 2014

[VIDEO] Mana Yang Benar? Pegawai TGNA Kata TGNA Hadir Mesyuarat 2 Jam

 


Pegawai Nik Aziz nafi beliau hadir mesyuarat Majlis Syura setengah jam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri mesyuarat Majlis Syura kira-kira dua jam sehingga mereka selesai membincangkan isu penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pegawainya Ahmad Fadhli Shaari.

  Beliau menyangkal laporan menyatakan Nik Aziz hanya menyertai mesyuarat yang diadakan malam kelmarin di Kota Baru, Kelantan selama setengah jam saja.

"Beliau berada dalam mesyuarat selama hampir dua jam hingga selesai membincangkan isu Khalid dan kenyataan akhbar yang akan dikeluarkan dimuktamadkan. Kemudian baru beliau pergi. Ia tidak benar Nik Aziz menyertai mesyuarat itu setengah jam saja.

"Beliau mungkin tidak berapa sihat, tetapi boleh duduk lama, seperti beliau menyampaikan kuliah setiap hari," katanya ketika menjawab soalan bagaimana Nik Aziz boleh menghadiri mesyuarat itu sedangkan terpaksa memakai uncang kencing kerana penyakit dihidapinya.

Kesihatan Nik Aziz dilaporkan lemah sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Syura PAS mengumumkan mereka mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, meningkatkan jurang perbezaan pendapat dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR yang mahukan Khalid diganti.

Tetapi majlis yang disertai ulama utama dalam PAS itu juga berkata mereka bersedia menilai semula pendirian mengenai isu itu jika Khalid didakwa dan didapati bersalah oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah.

Majlis Syura ulama yang diketuai Nik Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din mengadakan mesyuarat khas malam kelmarin (6 Ogos) di Kota Baru.

Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi selepas muktamar PAS.

PAS berpecah dengan ulama mahukan Khalid kekal dan puak progresif lebih bersetuju jika Khalid diganti.

Ini ekoran keputusan PKR mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya selepas itu mahukan Khalid kekal diikuti dengan sokongan Nik Aziz.

PKR pula memulakan prosiding tindakan disiplin terhadap Khalid melalui surat tunjuk sebab dan hari ini Khalid dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti.

Beliau diramalkan akan dipecat daripada PKR.

PAS pula menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan 10 Ogos Ahad ini ke 13 Ogos dalam usaha untuk mengelak perpecahan jika ia bermesyuarat segera. -TMI


Apa Sebenarnya Nik Aziz Mahu?

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.

Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.

Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang. -MSTAR
 

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.