Followers

Friday, August 8, 2014

DEMI TSKI, SANGGUP PECAT KHALID SAMAD DAN HANIPA?

 
 
ANGKARA nak pertahankan TSKI, sampai nak pecat pemimpin PAS?  Suara dari terengganu memang selalu pelik-pelik.  

Mereka minta PAS pecat YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin dan beberapa orang lagi atas alasan menyanggahi pendirian presiden.  
 
Kalau menyanggahi keputusan Majlis Syura tu aku fahamlah sebab majlis syura adalah badan tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura lebih tinggi dari Presiden sendiri.  
 
Tapi, kedua-dua pemimpin ini hanya dikatakan tidak sependapat dengan Presiden, maka dicadangkan oleh mereka untuk dipecat saja.
 

TSKI belum dipecat oleh PKR.  Beliau telah diberi surat tunjuk sebab, diminta jawab bahkan diminta hadir untuk menjawab beberapa isu yang ada kaitan dengannya.  
 
Tapi untuk kedua-dua pemimpin PAS ini belum pun ada surat apa-apa, sudah ada yang gopoh mahu pecat?  Siapa lebih "Syarie" sekarang?

Apapun aku optimis PAS tidak akan bertindak sejauh itu.  Itu hanya sikap golongan di Terengganu, bukan mewakili wajah PAS.  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.