Followers

Tuesday, August 5, 2014

VIDEO : KERETA DIANGKAT LEPAS PARKIR SESUKA HATI - Kita Bantai

 
 
 
 
Jenis pemandu yang suka meletak kenderaan di laluan yang menggangu laluan kenderaan lain adalah perkara biasa. Biasanya, hon secara bertubi-tubi boleh gerakkan mereka daripada menghalang jalan orang lain.

Ada satu kes parkir merata-rata di pusat beli belah Alamanda baru-baru ini, yang mana memaksa sekumpulan pemandu lain bertindak mengangkat kereta terbabit guna tangan setelah pemiliknya tidak dapat dikesan.

Kereta jenis Kelisa tersebut dikatakan diletakkan di laluan yang menghalang laluan kereta lain dan yang lebih parah, brek tangan diangkat dan tiada nombor telefon ditinggal di kereta berkenaan.



Tindakan sekumpulan pemandu ini boleh dikira baik jika dibandingkan tindakan yang boleh merosakkan kereta tersebut, yang biasa dilakukan jika kes seperti ini berlaku.

Harap agar pemandu kelisa ini sedar akan tindakannya parkir sesuka hati sudah menyusahkan orang ramai. Nasib baik kereta kelisa ini tidak diapa-apakan. Kalau ada rosak pun, boleh dikatakan ia setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pemandu kelisa ini. -SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.