Followers

Tuesday, August 5, 2014

Leka Mian Internet Sampai Tak Sedar Belakang Dilibas Dengan Parang


KESAN jahitan akibat ditetak sekumpulan lelaki.


Klang: “Kejadian berlaku terlalu pantas. Tiba-tiba badan dan tangan terasa sakit selepas menyedari ditetak seorang daripada lelaki itu. Walaupun merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu, lelaki itu tidak peduli dan terus menghayunkan parang.

“Ketika kejadian, ada kira-kira 15 pelanggan sedang leka melayari Internet dan bermain permainan komputer sebelum lelaki bersenjatakan parang itu menetak kami seperti orang hilang akal,” kata seorang mangsa kejadian serangan di sebuah kafe siber di Bayu Perdana dekat sini, awal pagi Khamis lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di belakang badan, tangan kanan dan kiri serta kepala akibat ditetak dengan parang.

Walaupun terpaksa menerima kira-kira 40 jahitan, lelaki berusia 26 tahun itu bersyukur kerana nyawanya masih panjang.

Menurutnya, doktor yang merawatnya mengesahkan kecederaan dialami dapat dirawat sepenuhnya, namun mengambil masa untuk pulih terutama tangan kanan yang perlu dimasukkan besi.

Katanya, dia akan pulang ke kampungnya di Sandakan, Sabah untuk berehat seketika dan memulihkan kecederaan dialami.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.