Walaupun berpendirian PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat
(PR), pemimpin akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka akan “wala”
(patuh) dengan keputusan kepimpinan dalam kebuntuan isu menteri besar Selangor yang boleh memecahkan gabungan itu.
“Kita tidak mahu bersama Umno.
Kita mahu PAS kekal setia bersama PR. Kita sudah bersama begitu lama,
kita selesa bekerja dengan PKR dan DAP,” kata Yang Dipertua PAS Subang
Mesni Mohd Dahlan kepada The Malaysian Insider.
Tetapa kita mesti ‘wala’ kepada kepimpinan tertinggi. Kita akan menunggu
keputusan mereka. Kita akan ikut apa sahaja mereka putuskan – walaupun
untuk menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar,”
katanya.
Walaupun jika sokongan tidak berbelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang kepada Khalid akan menyebabkan perpecahan gabungan itu, pemimpin
akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka yakin dengan kebijaksanaan
pimpinan parti.
Selepas seminggu ditangguhkan, Jawatankuasa PAS Pusat akan bertemu Ahad ini
untuk membincangkan cadangan PKR untuk menggantikan menteri besar
Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah.
Akan tetapi Hadi bulan lepas sudah mengisytiharkan sokongan kepada Khalid dan pertemuan beliau dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mencapai konsensus.
Pendirian Hadi menyebabkan pergeseran di antara parti komponen PR dengan
DAP mendesak parti Islam itu menyatakan pendirian sebelum mesyuarat 17
Ogos.Beberapa pemimpin PAS dalam mempertahankan Khalid sejak beberapa
minggu lalu menyerang DAP, mengeruhkan hubungan tiga parti itu.
Di sebalik semua perkembangan ini Ismail Hassan daripada PAS yang juga
Ahli Majlis Selayang yakin kepimpinan parti tidak akan memutuskan
hubungan dengan PKR dan DAP.
“Saya rasa mustahil PAS meninggalkan PR atau akan berlaku perpecahan
dalam isu ini. Masa akan menentukan.“Apa pun berlaku, saya patuh kepada
apa yang pemimpin saya putuskan, terutamanya apabila Majlis Syura sudah
membuat keputusan mereka,” katanya.
Minggu lalu Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat menyatakan sokongan mereka kepada Khalid agar kekal sebagai
menteri besar.Keputusan itu mungkin mempengaruhi mesyuarat pada Ahad
kerana Majlis Syura merupakan badan kedua tertinggi dalam PAS.
Yang Dipertua PAS Bandar Baru
Kundang Basri Zakariah percaya pemimpin mereka mempunyai kebijaksanaan
berbanding ahli biasa dalam membuat keputusan ketika krisis.“Pandangan
peribadi kami mungkin tidak tepat dan hanya berdasarkan andaian.
“Pemimpin kami mempunyai maklumat tepat, mereka berbincang dengan pakar
dan pelbagai sumber lain sebelum membuat keputusan.“Jadi kami bergantung
kepada pimpinan untuk membuat pilihan, mereka lebih bijak dalam menilai
keputusan. Kita hanya perlu tunggu dan lihat,” katanya.
Bagaimanapun, Yang Dipertua PAS Selayang Country Homes
Mohamad Abdul Rahman tidak bersetuju dengan tindakan Hadi
mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Khalid sebelum perkara itu
dibincangkan Jawatankuasa Pusat.Beliau berkata, beberapa pemimpin kanan
parti tidak gembira dengan apa yang berlaku dan kekal setia kepada PAS
kerana menghormati Nik Aziz.
“PAS seharusnya mencadangkan untuk memanggil mesyuarat PR sebelum
memberikan kenyataan menyokong Khalid yang sudah pun ditolak partinya
sendiri.“Walaupun beliau (Hadi) presiden, beliau sepatutnya menghormati
nilai perbezaan pendapat untuk perbincangan,” kata Mohamad.
“Saya fikir PAS sendiri boleh berpecah dalam isu ini kerana terlalu
banyak perbezaan pendapat di pelbagai peringkat,” katanya.Mohamad
menambah PAS “harus” kekal dengan PR untuk terus hidup.“Bagaimanapun
saya lihat reputasi PAS tercalar sedikit dalam isu Khalid.
Masalahnya presiden bersuara ketika kita masih lagi membincangkan isu
itu.“Ini tidak bermakna saya engkar atau tidak patuh kepada pemimpin
tetapi saya menyampaikan suara akar umbi,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin semalam
menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Dr Wan Azizah untuk menjadi
menteri besar Selangor yang baharu.
Mereka Adun PAS Selangor
pertama menyokong presiden PKR yang juga merupakan isteri kepada
Anwar.Saari yang juga Adun dua penggal mengatakan beliau bersedia
dipecat parti dan prospek menjadi Adun Bebas tidak akan mengubah
keputusannya.
Beliau berkata pendiriannya bukan untuk menentang PAS tetapi untuk
memastikan Selangor terus berada di bawah PR.Semalam 30 Adun Selangor
turut mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai
menteri besar di Subang Jaya, Selangor semalam.
Khalid yang merupakan Adun Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun
Razak mengatakan pada Isnin beliau mempunyai sokongan majoriti daripada
56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Sultan Selangor mahu beliau
kekal sebagai menteri besar. ~mk
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.