Penulis buku Malay Dilema alami alzheimer
Dr Mahathir Mohamad putus akal berhadapan dengan gelagat Najib Razak yang tidak memberi respon kepada teguran dan kritikannya.Mengambil sikap mendiam diri tanpa melayan Mahathir merupakan senjata ampuh buat Najib kini. PM ke-6 itu tidak suka untuk bergaduh dengan Mahathir yang dianggap sebagai datuknya.
Mahathir tersenyum.
Selaku
datuk tindakan Najib itu baik kerana tidak mahu bergaduh dan mengheret
keadaan menjadi buruk. Najib mungkin sedar sikap atau fiil seorang
datuk. Dia marahkan cucunya kerana dia sayang bukan benci.
Cuma yang
mungkin tidak disenangi Najib kerana si datuk itu ada kalanya terlebih
disebabkan penyakit alzheimer (nyanyuk).
Dr Mahathir katanya telah menarik balik sokongan kepada Najib? Dia terpaksa berbuat begitu kerana Najib tidak respons kepada nasihatnya.
Dr Mahathir katanya telah menarik balik sokongan kepada Najib? Dia terpaksa berbuat begitu kerana Najib tidak respons kepada nasihatnya.
Alasan Mahathir Najib
banyak mengambil sikap mendiam diri, tidak menjawab dan mengambil
tindakan ke atas sesuatu.
Anih juga sikap Mahathir ini. Apakah dia tidak
tahu kebolehan dan kemampuan yang ada kepada Najib?
Sepatutnya sebagai seorang datuk (kakek kata Indonesia), Mahathir mengenali secerat mungkin cucunya itu. Daripada hobi kepada iltizam dalam hidupnya.
Sepatutnya sebagai seorang datuk (kakek kata Indonesia), Mahathir mengenali secerat mungkin cucunya itu. Daripada hobi kepada iltizam dalam hidupnya.
Dan sebagai pemimpin apakah idealisme Najib. Apakah dia tidak
tahu Najib membesar di atas kelopak bunga yang berwarna warni. Tidak
pernah merasai kesusahan rakyat dan mempunyai aspirasi untuk membela
rakyat.
Yang melihat penderitaan rakyat dari dalam kamar berdinding kaca
putih.
Yang ada kepada Najib hanya mengenang budi dan bakti ayahnya. Tenguklah sudah berapa kali Najib memuji-muji jasa dan bakti ayahnya.
Yang ada kepada Najib hanya mengenang budi dan bakti ayahnya. Tenguklah sudah berapa kali Najib memuji-muji jasa dan bakti ayahnya.
Bukan sekali dia memuji kehebatan dan daya fikir jauh ayahanda,
Razak Hussein dalam membela rakyat dengan membangun Felda, kampung baru
dan pelan pembangunan sosial yang lain.
Najib mengharap pujian itu akan memberi keuntungan kepadanya. Setidak-tidaknya orang akan meletakan dia mempunyai wawasan dan political will sama seperti bapaknya.
Najib mengharap pujian itu akan memberi keuntungan kepadanya. Setidak-tidaknya orang akan meletakan dia mempunyai wawasan dan political will sama seperti bapaknya.
Yang dia tidak tahu, tetapi orang lain tahu bahawa bakat
kepimpinan yang ada kepada seseorang bapak yang tidak secara automatik
akan turun kepada anaknya. Seorang anak tidak mudah untuk mewarisi iman
dan takwa daripada seorang bapak yang soleh.
Fizikal bapak, hobi seorang bapak mungkin akan turun kepada si anak, tetapi bukan perjuangan dan idealisme.
Fizikal bapak, hobi seorang bapak mungkin akan turun kepada si anak, tetapi bukan perjuangan dan idealisme.
Idealisme akan terbentuk dalam minda seseorang apabila
dia melalui pelbagai liku dalam perjuangan dan dididik sedari kecil. Ia
bermula dari alam remaja hingga ke dewasa.
Di zaman muda Najib tidak
pernah menyertai apa-apa wadah perjuangan atau pun pernah bermain sepak
raga lingkung. Jadi macam mana Najib boleh memiliki apa-apa aspirasi dan
cita-cita dalam perjuangannya.
Jika dia ayam apa yang dimiliki Najib
hanya bulu yang rintik sahaja.
Apabila Najib tidak ada bingkai perjuangan (frame) maka beliau tidak dapat melekat atau memasukkan apa-apa gambar atau potret dalam bingkai frame itu. Jadi kosonglah perjuangan Najib.
Apabila Najib tidak ada bingkai perjuangan (frame) maka beliau tidak dapat melekat atau memasukkan apa-apa gambar atau potret dalam bingkai frame itu. Jadi kosonglah perjuangan Najib.
Seorang pejuang mesti adalah idealisme tersendiri yang
kemas dan kukuh. Untuk merealisasikan idealisme mestilah ada keberanian
dan ilmu cukup untuk melaksanakannya.
Mahathir juga menyentuh yang Najib seorang lemah lembut dan tidak berani untuk bertindak. Kelemahan ini adalah kecacatan kepada Najib. Mengambil sikap playsafe dalam politik sesuatu yang tidak baik dan bakal meletakkan seseorang itu tidak kontrovesi.

Najib memang terkenal sebagai seorang yang playsafe
dan mendapat jawatan menerusi anugerah. Najib tidak berperang untuk
mendapat jawatan. Orang yang tidak pernah berperang tidak akan berani
untuk mengambil tindakan.
Apakah Dr Mahathir tidak mengetahui keperibadian atau pun latar belakang Najib ini? Mustahil pulak. Kalau beliau tidak tahu, ertinya Mahathir telah melakukan kesilapan besar semasa mencadangkan agar Najib diambil sebagai timbalan perdana menteri.

Kalau Mahathir tahu segala kelemahan ini dan dia tetap juga mahukan
Najib, maka Mahathir perlu menyumpahkan dirinya sendiri. Sesal kemudian
tidak berguna, Che Det.
Saya rasa Mahathir tahu kelemahan dan segala kekurangan Najib ini. Tetapi beliau sengaja lakukan kerana ada motifnya. Apa yang saya nampak dia sengaja menaikkan Najib ke situ untuk dituruti olehnya selepas ini.

Najib adalah anak bekas perdana menteri.
Di sini apa yang diimpikan dan sedang berusaha ke arah itu untuk
menaikkan zuriatnya sebagai PM. Dia sedang melaku hal ini. Najib adalah
precedent.
Apabila dia meletakkan Najib disitu, dan kemudian dia pula membuat perkara sama meletakkan anaknya di kerusi itu, orang Umno tidak akan menganggap Mahathir nepotisme.
Apabila dia meletakkan Najib disitu, dan kemudian dia pula membuat perkara sama meletakkan anaknya di kerusi itu, orang Umno tidak akan menganggap Mahathir nepotisme.
Orang Umno akan anggap apa
dilakukan Mahathir itu satu tradisi yang tidak dibantah.
Orang Umno pula
mudah lena dan ralik dengan permainan seperti ini dan akan membiarkan
apabila mereka diberi kacang butir atau pun gula-gula berunsur roche.
Mahathir hari ini serba salah dalam berdepan dengan telatah Najib. Penarikan balik sokongan itu perlu dilihat lebih jauh daripada setakat rasa kurang senang Mahathir dengan sikap "lembu kenyang" Najib terhadap tegurannya.

Bagi saya cara Mahathir itu adalah penerusan tekanan ke atas Najib agar
lekas berundur dari kedudukannnya.
Mahathir kata dia tidak suruh Najib
berundur tetapi menarik balik sokongan. Orang politik kelas "S3" dan
arif dengan "4C" akan faham sangat kata-kata Mahathir itu.
Mahathir dalam proses pertukaran atau mencari penggantinya tidak ikhlas. Dia bukan melakukan terbaik untuk Umno dan Melayu.
Mahathir dalam proses pertukaran atau mencari penggantinya tidak ikhlas. Dia bukan melakukan terbaik untuk Umno dan Melayu.
Semua tindakannya
menghitung laba untuknya. Kalau dia ikhlas dia tidak akan melantik
Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM kerana selepas itu beliau sendiri
terpaksa menyerangnya habis-habisan malam dan siang.
Begitu juga kalau
dia ikhlas dia tidak mencadangkan nama Najib kepada Abdullah untuk
dilantik sebagai timbalan presiden.
Kalau Mahathir ikhlas serta jujur, dia akan memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penggantinya bukan Abdullah Badawi. Atau kalau dia terkhilaf memilih Abdullah dia boleh mencadang Tengku Razalegih sebagai timbalan. Tetapi kenapa tidak dilakukan?

Itu sebab saya kata dia tidak ikhlas dan ada niat jahat dalam
politik dalam partinya sendiri. Mahathir sering mencabut pokok-pokok
subur dan diganti dengan pokok "kemetot" kerana dia ingin dilihat pokok
yang subur itu hanya dia sahaja. Inilah politik Mahathirisme penuh
dendam kesumat
Apa yang dihadapi Mahathir kini, dilema mengenai kedudukan Najib dan penggantinya adalah kerana perbuatannya sendiri.
Apa yang dihadapi Mahathir kini, dilema mengenai kedudukan Najib dan penggantinya adalah kerana perbuatannya sendiri.
Perlahan-lahan kejahatan Mahathir telah dikifarahkan oleh Allah dengan
memberikan dia rasa tidak senang dan tenang sepanjang masa. Musim-musim
percutiannya sebagai pensiun politik terus terganggu dan diganggu.
Tengoklah hari ini kehidupan Mahathir yang memegang perdana menteri 22 tahun lebih susah daripada kehidupan Abdullah Badawi yang memegang jawatan PM hanya selama enam tahun.
Tengoklah hari ini kehidupan Mahathir yang memegang perdana menteri 22 tahun lebih susah daripada kehidupan Abdullah Badawi yang memegang jawatan PM hanya selama enam tahun.
Mahathir adalah seorang kakek yang mengalami
alzheimer tahap 16. ~mso.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.