KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang
Serai N Surendran dibebaskan dengan jaminan polis berhubung satu waran
tangkap terhadapnya yang dikeluarkan petang ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, Surendran
menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju jam 7.52 malam
diiringi peguam Latheefah Koya.
"Surendran telah dibebaskan dengan
jaminan polis untuk hadir di Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada
Jam 8.30 pagi esok (Selasa) untuk pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta
Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Waran tangkap terhadap Surendran adalah
berkaitan kenyataannya yang mendakwa kes liwat kedua Ketua Pembangkang
yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah
konspirasi politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Sementara itu, Surendran yang juga
peguam kepada Anwar, ketika ditemui selepas dibebaskan berkata tuduhan
terhadapnya esok tidak memberi kesan terhadap tugasnya sebagai peguam
Anwar dalam rayuan kes liwat kedua pada Oktober depan.
"Saya bantah keras tuduhan ini dan kita akan terus lawan demi negara Malaysia yang lebih baik," katanya. -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.