Followers

Thursday, August 21, 2014

Tidak salah kritik penghakiman mahkamah, kata bekas hakim dan peguam OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Photo: Tidak salah kritik penghakiman mahkamah, kata bekas hakim dan peguam

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 20 August 2014

Peguam N Surendran yang juga naib presiden PKR didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik penghakiman bertulis hakim.  .Peguam N Surendran yang juga naib presiden PKR didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik penghakiman bertulis hakim. 

Dakwaan yang dikenakan ke atas peguam N Surendran kerana mengkritik penghakiman bertulis yang dikeluarkan mahkamah ialah sesuatu yang di luar jangkaan, kata hakim bersara dan peguam.

Mereka berkata, tidak masuk akal mendakwanya di bawah Akta Hasutan hanya kerana mengeluarkan pendapat.

Mereka juga berkata seharusnya wujud ruang untuk perbezaan pendapat dan kritikan dalam masyarakat demokrasi seperti Malasia

Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata sesiapa saja dibenarkan memberi kritikan sekeras-kerasnya terhadap sesuatu penghakiman.

"Kamu hanya dianggap melanggar undang-undang atau menghina mahkamah sekiranya menyerang seorang hakim secara peribadi," katanya.

Sri Ram berkata, sejak dia memulakan kerjaya sebagai peguam pada 1970 hingga bersara pada 2010, dia tidak pernah bertemu sesiapa, lebih-lebih lagi ahli Majlis Peguam, didakwa di bawah akta usang tersebut.

"Perkara biasa bagi peguam dan ahli akademik untuk mengulas penghakiman. Adakah kita tidak dibenarkan membuat penilaian kritikal terhadap pendapat perundangan hakim?" soalnya.

Dia merujuk kepada pendakwaan yang dikenakan ke atas Surendran semalam kerana mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II, "flawed, defensive and insupportable (cacat, defensif dan tidak boleh disokong)."

Michelle Yesudas daripada Lawyers for Liberty berkata, Surendran membuat kenyataan itu semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang peguam dan ia sama seperti dakwaan hasutan dan pensabitan kesalahan atas mendiang Karpal Singh.

Karpal didapati bersalah pada Februari 2014 kerana memberi pendapat undang-undangnya sebagai seorang peguam semasa krisis perlembagaan Perak pada 2009.

"Kes Surendran menjadi kes terawal yang dengan sewenang-wenangnya dan tidak adil membenarkan mahkamah mensabitkan kesalahan atas peguam kerana pandangan undang-undang yang bertentangan pendirian politik kerajaan," kata Yesudas, yang merupakan penyelaras kempen kumpulan peguam itu.

Katanya, pentadbiran Najib memegang rekod dalam melakukan dakwaan hasutan paling tidak masuk akal termasuk terhadap pemimpin pembangkang seperti Teresa Kok, Tian Chua, Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim, Safwan Anang, Adam Adli, Hishamuddin Rais dan Suhaimi Shafie.

"Kami dengan itu menyeru polis dan Jabatan Peguam Negara bertindak secara profesional, adil dan bebas," katanya.

Peguam Ragunath Kesavan berkata, kehakiman Malaysia melalui saat sukar dan dihujani kritikan, sambil menyifatkan kenyataan Surendran sangat "sederhana".

"Polis dan pihak pendakwa tidak sepatutnya bertindak balas secara keterlaluan hanya kerana banyak laporan dibuat terhadap tertuduh," kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.

Ragunath berkata institusi awam tidak sepatutnya bertindak terhadap tekanan, sebaliknya bertindak berdasarkan merit.

"Tiga ratus laporan yang dibuat terhadapnya (Surendran), contohnya, tidak mencerminkan kebersalahan yang dilakukannya di bawah undang-undang kuno itu," katanya. – 20 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-salah-kritik-penghakiman-mahkamah-kata-bekas-hakim-dan-peguam#sthash.WHMJkmeB.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.