Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengatakan komuniti netizen mula membangkitkan perihal kuasa multak sultan melantik menteri besar ekoran krisis menteri besar di Selangor.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengatakan komuniti netizen mula membangkitkan perihal kuasa multak sultan melantik menteri besar ekoran krisis menteri besar di Selangor.
Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.
"Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwa Khalid pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini berkata,
Pakatan memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Pakatan kemudiannya sepakat menghantar hanya nama Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama. – 21 Ogos, 2014.
MENYUSUL LAGI.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-tidak-patut-diberi-hak-mutlak-lantik-mb-kata-khalid-samad#sthash.jgI87uM8.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.