Followers

Saturday, August 2, 2014

TERKINI - Dr. Zuhdi Cuba Heret Hadi Awang Dalam Kes Analisis Bodohnya

 
Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa individu yang membocorkan satu perbualan kontroversi di kalangan anggota PAS Pusat berbuat demikian kerana tentangannya terhadap projek Langkah Kajang.

Tanpa menamakan sesiapa, Zuhdi mendakwa perbuatan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertindak terhadap beliau.

"Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu," tulisnya di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa "analisis senario" yang dibentangkannya dalam perbualan di aplikasi WhatsApp yang bocor itu hanyalah satu sindiran, dan tidak mewakili pandangannya sendiri.

Menurutnya, ia adalah olahan semula ke atas perasaan yang disuarakan sesetengah pihak dalam PAS yang merasakan parti itu kini tunduk kepada DAP.

Individu dalam kumpulan perbincangan tersebut juga tahu bahawa ia berunsur sindiran, katanya.

"Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya sebab saya tidak berada dalam senarai ahli perbincangan yang menyokong (agar PAS) keluar (dari) Pakatan Rakyat.

"Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu.

"Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur imaginatif dan sarkastik tersebut – melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.