Followers

Friday, August 1, 2014

BUKAN PELAJAR TAHFIZ TETAPI...



Polis Selangor menafikan penyebaran berita yang mendakwa enam pelajar tahfiz dipotong tangan di kawasan Pandamaran Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar menyifatkan penyebaran itu sebagai cubaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (tabligh) yang berumur lima tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah tidak benar dan palsu semata-mata

“Ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, hari ini.




TETAPI....

 
Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

"Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

"Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

 
Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.