Followers

Wednesday, August 20, 2014

Selangor Masih Berisiko Jika Ada Pilihan Raya Negeri



Krisis menteri besar Selangor masih belum berakhir kerana Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula untuk menyelesaikan krisis kempimpinan di negeri itu atas nasihat penyandang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pakar perundangan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahad lalu menerima undi sokongan majoriti dinamakan Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar menggantikan Khalid.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 Nizar lwn Zambry dalam krisis perlembagaan Perak, pemerintah sesebuah negeri mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan menteri besar kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Secara alternatif, Syukur berkata Sultan boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan menteri besar menguji sokongan di DUN. 


"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. 

Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.