KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri
Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.
Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.
Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.
Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.
Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.
Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.
Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/saya-yang-cadang-wan-azizah-jadi-mb-syed-husin-41119?cp
Syed Husin Ali @syedhusinali Follow
Biropol yg setuju WanAzizah jadi calon
Kajang atas cadanganku. MPP n biropol stuju WA ganti MB. Bukan Anwar
tentukan. Mula2 beliau takstuju.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.