KUALA LUMPUR: Pasukan
penyiasat nahas udara yang menyiasat kes kehilangan penerbangan
Malaysia MH370 percaya telah menemui bukti baharu berkaitan dengan
penyalahgunaan peralatan di dalam kokpit pesawat.
Pihak
penyiasat nahas udara Australia turut mendedahkan bahawa penerbangan
Boeing 777 itu mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal
penerbangan, lapor The Telegraph.
Menurut pakar, mereka percaya ia sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
Laporan
itu juga menyebut unit data satelit pesawat telah membuat permintaan
luar kebiasaan untuk “log masuk” kepada sebuah satelit 90 minit selepas
berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.
Laporan berkata permintaan berkenaan, yang juga dikenali sebagai “handshake”, disebabkan gangguan elektrik di dalam pesawat.
“Permintaan
log masuk di tengah-tengah penerbangan bukan perkara biasa. Analisis
telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk dan
setelah dipadankan adalah akibat gangguan kuasa,” kata laporan oleh
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia itu.
Pakar
keselamatan penerbangan dari Universiti Loughborough David Gleave
berkata gangguan elektrik terhasil apabila seseorang di dalam kokpit
cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
“Mungkin
seseorang bermain dengan sistem kokpit yang menyebabkan gangguan
elektrik. Ia boleh menjadi satu gangguan yang disengaja untuk mematikan
kedua-dua enjin untuk satu tempoh tertentu.
Dengan
bermain dengan sistem, anda boleh mematikan kuasa elektrik dan
menghidupkannya semula bila anda memerlukan sistem yang lain untuk
menerbangkan pesawat itu,” kata beliau.
Inmarsat
telah mengesahkan tentang penilaian yang dibuat namun berkata ia tidak
tahu mengapa pesawat mengalami gangguan elektrik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.