Followers

Friday, August 22, 2014

PKR yakin ambil alih DUN Pengkalan Kubor, kata Azmin Oleh Mohd Farhan Darwis

Photo: PKR yakin ambil alih DUN Pengkalan Kubor, kata Azmin

Oleh Mohd Farhan Darwis

Published: 22 August 2014

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata PKR bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata PKR bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. 

PKR yakin mampu mengambil alih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan dan parti itu sudah mengadakan perbincangan ringkas dengan PAS berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, beliau bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dan memaklumkan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

"Sekarang kita bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

"Saya menghubungi pengerusi PKR Kelantan untuk melihat prestasi kita dalam dua pilihan raya lepas," katanya, pada sidang media selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Katanya, PKR yakin menewaskan Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi tersebut memandangkan 2 DUN dalam kerusi Parlimen Tumpat itu dimenangi PAS.

"Kita boleh ambil semula kerusi Pengkalan Kubor," katanya.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Azmin bagaimanapun berkata, parti itu masih belum memutuskan calon mereka.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin meminta PKR mempertimbangkan calon daripada sayap parti itu bertanding di PRK tersebut.

"Kita minta calon Pemuda PKR untuk DUN Pengkalan Kubor," kata Shamsul.

Adun Pengkalan Kubor, dari Barisan Nasional (BN), Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia pada 20 Ogos lalu. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dan memperolehi 10,174 undi di kawasan N1 itu.

Calon PKR Saharun Ibrahim memperolehi 8,438 undi manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang deposit apabila hanya mendapat 65 undi.

Zahidi, wakil rakyat tiga penggal yang juga timbalan pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, dilaporkan menghidap penyakit barah hati dan meninggal dunia di Guangzhou, China, ketika mendapatkan rawatan di negara itu. – 22 Ogos, 2014.
 
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-yakin-ambil-alih-dun-pengkalan-kubor-kata-azmin#sthash.1HQ11HYE.dpuf Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata PKR bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata PKR bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

PKR yakin mampu mengambil alih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan dan parti itu sudah mengadakan perbincangan ringkas dengan PAS berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, beliau bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dan memaklumkan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

"Sekarang kita bersiap sedia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

"Saya menghubungi pengerusi PKR Kelantan untuk melihat prestasi kita dalam dua pilihan raya lepas," katanya, pada sidang media selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Katanya, PKR yakin menewaskan Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi tersebut memandangkan 2 DUN dalam kerusi Parlimen Tumpat itu dimenangi PAS.

"Kita boleh ambil semula kerusi Pengkalan Kubor," katanya.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Azmin bagaimanapun berkata, parti itu masih belum memutuskan calon mereka.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin meminta PKR mempertimbangkan calon daripada sayap parti itu bertanding di PRK tersebut.

"Kita minta calon Pemuda PKR untuk DUN Pengkalan Kubor," kata Shamsul.

Adun Pengkalan Kubor, dari Barisan Nasional (BN), Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dan memperolehi 10,174 undi di kawasan N1 itu.

Calon PKR Saharun Ibrahim memperolehi 8,438 undi manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang deposit apabila hanya mendapat 65 undi.

Zahidi, wakil rakyat tiga penggal yang juga timbalan pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, dilaporkan menghidap penyakit barah hati dan meninggal dunia di Guangzhou, China, ketika mendapatkan rawatan di negara itu. – 22 Ogos, 2014.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-yakin-ambil-alih-dun-pengkalan-kubor-kata-azmin#sthash.1HQ11HYE.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.