Followers

Friday, August 22, 2014

Ketua Wanita PKR kecewa politik wang dalam pemilihan parti OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Photo: Ketua Wanita PKR kecewa politik wang dalam pemilihan parti

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 22 August 2014

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kecewa ada ahli sayapnya menggunakan politik wang ketika Pemilihan PKR 2014.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kecewa dengan ahli sayapnya yang menggunakan taktik "kotor" apabila mengamalkan politik wang semasa musim Pemilihan PKR 2014.

Zuraida berkata, beliau kecewa apabila ada yang sanggup menabur fitnah dan mencaci lawan demi meraih sokongan ahli parti dan undi.

"Kita sanggup menjadi kuda tunggangan pihak tertentu demi wang ringgit dan kata-kata manis yang menjanjikan bulan dan bintang," katanya dalam ucapan dasar Kongres Wanita PKR di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.

Katanya, Wanita PKR perlu ikhlas mengejar jawatan dan amanah semasa menjalankan tugas setelah diberi kepercayaan oleh ahli yang memilih.

"Selaku pemegang jawatan tinggi dalam parti dan sayap Wanita, kita seharusnya menenggelamkan politik durjana yang berpaksikan wang ringgit dan jawatan penting sebagai imbuhan," katanya.

Beliau turut kecewa semasa musim pemilihan, Wanita masih lagi di takuk lama, ‘tidak berlapang dada, masih bersikap penting diri dan gagal meliberalisasikan minda agar menerima pendapat’.

"Sikap buruk yang ditonjolkan sekumpulan ahli Wanita itu mencemarkan imej Wanita PKR secara keseluruhan, ibarat dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu menggesa sekumpulan ahli yang tidak berpuas hati keputusan pemilihan mengenepikan perasaan itu dan fokus kepada usaha merealisasikan agenda parti.

Beliau turut memberi amaran kepada ahlinya supaya tidak mengamalkan budaya perkauman kerana PKR bukan parti yang memperjuangkan sesuatu kaum, jauh sekali membawa budaya vandalisme dan gengsterisme.

"Sebagai ahli yang matang dan faham susur galur perjuangan PKR, gejala baling kerusi, memaki hamun di khayalak ramai seharusnya tidak berlaku," katanya.

Pada sidang medianya kemudian, Zuraida menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri Selangor akan berlaku kerana yakin Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR tidak ada sokongan majoriti untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut kecewa dengan Khalid yang mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Pendaftar mendakwa pemecatannya melanggar perlembagaan parti.

Namun pihaknya yakin 'roadshow' yang dilakukan PKR sejak dua minggu lalu mendedahkan perangai sebenar Khalid secara perlahan-lahan dan berjaya membuka mata rakyat tentang tujuan parti mahu Khalid berundur.

"Rakyat sudah mula faham. Mereka yang sokong dia pun sudah faham. Walau sehebat mana sekalipun dia menjadi menteri besar, kalau parti suruh undur dia kena hormat arahan," katanya. – 22 Ogos, 2014.
 
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-wanita-pkr-kecewa-politik-wang-dalam-pemilihan-parti#sthash.RTGbMu97.dpuf Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kecewa ada ahli sayapnya menggunakan politik wang ketika Pemilihan PKR 2014.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-wanita-pkr-kecewa-politik-wang-dalam-pemilihan-parti#sthash.RTGbMu97.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.