Followers

Saturday, August 2, 2014

PAS dan PKR saling memerlukan untuk menghapuskan Umno


PKR memang memerlukan kepada PAS.Begitu juga dengan PAS.Masing-masing tidak boleh mengaku bahawa partinya lebih kuat dari parti rakan dan menuduh parti rakan pula lemah.Masing-masing jangan bersikap keras kepala, itulah bahasa mudahnya.

Masing-masing saling memerlukan untuk berdepan dengan musuh bersama iaitu Umno.

Apakah benar PAS menganggap PKR sebagai rakan seperjuangan dan menyifatkan Umno sebagai musuh untuk ditewaskan? Ini adalah persoalan yang perlu kita perhatikan bersama.

PR , sukar untuk pergi lebih jauh , sekiranya masing-masing tiada hati setiakawan yang tulin  malah semua tindakkan mempunyai agenda tersirat dan akhirnya hanya menguntungkan lawan.

 Cuba kita menyelusuri keputusan PRU 13 lepas. Akibat tiada sikap setiakawan yang tulin dan mempunyai agenda tersirat, Umno juga yang untung.

 Pada 5 Mei 2013 ... Selain dari Kota Damansara, Bukit Besi, Seberang Takir, Dun Sungai Acheh yang kita hadiahkan kepada Umno, kita juga perlu tahu perkara yang berlaku di Kelantan, negeri dimana PAS menjadi penerajunya.

 Berdasarkan keputusan PRU 13 di tiga parlimen yang ditandingi PKR seperti dibawah:

 P 026 Ketereh
 1. Tan Sri Annuar Musa (BN).......26,912 
 2. Ab Aziz Ab Kadir (PKR)..........25,938 
 BN menang dengan majoriti 974 

 P 027 Tanah Merah
 1. Nik Mahmood Nik Hassan (PKR).......22,278 
 2. Ahmad Fizal Che Harun (Bebas)...............213 
 3. Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (PKR) 26,505 
 BN menang dengan majoriti 4,227 

 P 029 Machang
 1. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN).......25,660 
 2. Dr Wan Zawawi Wan Ismail (PKR)......24,855 
 BN menang dengan majoriti 805 

 Seterusnya mari kita lihat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terkandung di dalam setiap parlimen yang gagal dimenangi PKR serta keputusannya. 

 Ketereh:
 1. N 23 Melor dimenangi PAS dengan majoriti 2,489 
 2. N 24 Kadok dimenangi PAS dengan majoriti 3,097 
 3. N 25 Kok Lanas dimenangi BN dengan majoriti 169 

 Apabila dicampur semua undi majoriti yang diperoleh Pakatan Rakyat melalui PAS di setiap DUN dalam parlimen Keterah sepatutnya calon PKR di situ menang dengan mendapat majoriti 5,417 undi. Sebaliknya beliau tewas dengan 974.99 

Tanah Merah:
 1. N 26 Bukit Panau dimenangi PAS dengan majoriti 3,740 
 2. N 27 Gual Ipoh dimenangi BN dengan majoriti 1,404 
 3. N 28 Kemahang dimenangi PAS dengan majoriti 1,436 

 Apabila ddicampur semua majoriti undi yang dimenangi Pakatan rakyat melalui PAS, PKR sepatutnya menang di situ dengan majoriti 3,772. Sebaliknya kalah dengan majoriti agak besar iaitu 4,227.

 Machang
 1. N 33 Pulai Chondong dimenangi PAS dengan majoriti 919 
 2. N 34 Temangan dimenangi PAS dengan majoriti 1,085 
 3. N 35 Kemuning dimenangi PAS dengan majoriti 1,034 

 Sepatutnya PKR menang dengan majoriti 3,038. Sebaliknya tewas dengan majoriti 805.99 

 Inikah yang dinamakan sebagai setiakawan?  Siapa yang sabotaj PKR kalau bukan rakan sendiri dalam PR? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.