Ia memang satu kenyataan apabila dikatakan semenjak UMNO dan Barisan Nasional diberikan amanah untuk mentadbir negara ini, banyak kepentingan orang Melayu/Bumiputera terutama sekali yang membabitkan tanah, telah habis digadaikan atau dijual kepada pihak lain.
Kita tengok sendirilah apa yang berlaku di Johor, negeri yang cukup dibanggakan oleh UMNO sebagai kubu kuatnya. Berapa banyak tanah yang telah terjual ke tangan pihak asing? Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor Bahru dan Kluang merupakan antara kawasan-kawasan Melayu yang semakin mengecil sehingga akhirnya Melayu hilang dari kawasan-kawasan berkenaan.
Terbaru, di Melaka.
Sekolah-sekolah kerajaan di negara ini berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menterinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Sekolah-sekolah di setiap negeri pula diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Bagaimanapun, tanah serta bangunan sekolah kekal dikelolakan oleh Kerajaan Malaysia.
Selepas terdedah bahawa konco-konco Ketua Menteri Melaka cuba menjual tapak sekolah Malacca High School, Idris Haron, Ketua Menteri Melaka membuat pengumuman bahawa selagi dia menjadi Ketua Menteri, sekolah tersebut tidak akan dipindahkan. Malahan sekolah yang kedua tertua di Malaysia itu, akan dijadikan sebagai warisan negeri.
Sedangkan perbincangan, usul dan kertas kerja telah pun dibuat untuk menghapuskan sekolah tersebut dan tapak sekolah akan digantikan dengan bangunan-bangunan komersial. Secara tidak langsung, situasi ini turut memberitahu kita bahawa sudah ada rundingan yang dibuat antara pemaju dengan Pejabat Ketua Menteri. Kalau tidak, masakan usul dibuat dan Exco berkaitan memberikan alasan, sekolah tersebut perlu dihapuskan bagi membolehkan lalu lintas berjalan lancar.
Sedangkan berdasarkan pemerhatian, sekolah tersebut bukannya terletak di jalan utama. Kedudukan sekolah tersebut sangat strategik umpama Kampung Bharu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Itulah yang membuatkan kapitalis-kapitalis menjadi gila dan menggunakan konco-konco Ketua Menteri di pejabatnya untuk memastikan mereka mendapat tanah tersebut.
Ini bukan kali pertama sekolah tersebut cuba dipindahkan. Pada tahun 1993, konco-konco Ketua Menteri pada waktu itu telah mengusulkan untuk memindahkan sekolah tersebut bersama-sama dua buah sekolah yang lain. Bagaimanapun, tentangan daripada orang awam termasuklah bekas pelajar sekolah-sekolah terbabit, membantukan rancangan konco-konco Ketua Menteri untuk mengaut keuntungan beratus-ratus juta Ringgit.
Aku difahamkan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri baru-baru ini telah memutuskan untuk memindahkan dua buah sekolah iaitu MOZAC atas alasan tanah tak stabil dan Malacca High School untuk 'dinaiktarafkan' seperti Kolej Tengku Khursiah.
Alasan yang diberikan kononnya mengganggu lalu lintas adalah tidak logik sebab laluan jadi tumpuan hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari-hari lain, penduduk dah sedia maklum.
MOZAC tu mana ganggu lalulintas kerana kedudukannya jauh ke dalam. High School juga bukannya menjadi penyebab kepada kesesakan jalan, sebaliknya yang sesak adalah kocek konco-konco Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.