Followers

Tuesday, August 5, 2014

Pakatan tidak akan berkompromi pada prinsip-prinsip dasar - Anwar Ibrahim

 
Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara PKR dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.

Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.


Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. 

Prinsip-prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.

Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.


Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.


Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.


Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.



Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.