Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.
Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.
Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat:
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.