Followers

Monday, August 18, 2014

Azmin atau Azizah atau bubar DUN ditangan Sultan

 

STOP PRESS                                                                                      
Azmin calon MB daripada Pas.
Kedudukan dan nasib Dr Wan Azizah Wan Ismail sama ada bakal mencatat sejarah sebagai perempuan pertama negara ini menjad MB Selangor terletak dalam tanggan Sultan Selangor atas ketentuan Allah jua. 
 
Bagi pihak Pakatan Rakyat pimpinan pakatan itu sudah memuktamadkan Azizah dipilih sebagai MB bagi menggantikan Khalid.
Mohamed Azmin Ali yang juga dicadang oleh Pas menyokong Azizah menjadi MB seperti mana pendiriannya sebelum ini. Pas dalam mesyuarat pagi tadi menamakan Azmin disamping Azizah sebagai pengganti Khalid.

Yang penting dalam mesyuarat Pas pagi tadi, parti itu sebulat suara menarik sokongan kepada Khalid untuk terus menjadi MB bebas. Kini tidak ada mana-mana parti Pakatan lagi yang menyokongnya. 
 
Bagaimana pun empat orang Exco Pas diarahkan terus bersama Khalid duduk dalam kerajaan untuk memastikan kerajaan Selangor kekal.
Pimpinan PKR akan menguruskan proses penggantian Khalid dengan menghadap sultan Selangor dalam masa terdekat. Apa menjadi persoalan apakah sultan Selangor sedia memberi perkenan atau tidak walahu'alam. 
 
Mungkin Pas sudah dapat menghidu apa yang berlaku maka parti itu menamakan Azmin sebagai calon alternatif.
Krisis ini akan selesai sekiranya ada toleran daripada pihak tertentu dalam PKR yang beriya-iya mahukan Wan Azizah menjadi MB.

Dalam pada itu apa juga yang tidak boleh dikesampingkan pembubaran DUN Selangor. Perlu diingat Khalid masih ada kuasa untuk memberi nasihat kepada sultan bagi membubarkan DUN Selangor. 
 
Pembubaran DUN Selangor dalam keadaan Pakatan Rakyat sudah mendapat kuasa majoriti akan dilihat sebagai satu keputusan yang bertentangan dengan demokrasi dan mengenepikan semangat perlembagaan. [wm.kl.8:14 pm 17/08/14]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.