Followers

Friday, August 29, 2014

MUSLIMAH PERPURDAH BUAT KEJUTAN MENJADI AHLI DAP

 

UBAH! Slogan Dap yg berlogokan burung kenyalang pada pru yg lalu.

UBAH bukan saja mengajak rakyat Malaysia berUBAH dari Barisan nasional kepada Pakatan Rakyat malah UBAH juga mengajak rakyat Malaysia berUBAH cara berfikir dan berpolitik.

Jika Umno Pas dan Pkr masih belum mahu berUBAH maka ahli serta penyokong parti ini yang perlu berUBAH.

Seorang bekas aktivis pelajar yang di kenali sebagai Melati Rahim hari ini telah bertekad memilih DAP sebagai pentas politik yang akan beliau sertai.

Katanya dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah tunjang utama. Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang di gagaskan oleh islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

Dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.


Rumi pernah berkata aku beriman dengan Agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun di rosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah.



UBAH untuk masa depan malaysia yang gemilang...

Di sini lahirnya sebuah cinta

Tahniah Melati Rahim kerana terokai perUBAHan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.