Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah
pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr
Idris Ahmad, seorang gynaecology terkenal.
Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu
setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang
dalam pilihanraya yang lalu. PAS dikatakan tidak ada halangan untuk
menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.
Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap
beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu
peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau
sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini
mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?
Kita mesti ingat PKR Selangor
di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin
lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan
keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau
adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di
pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan
sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid
Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu
menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi
mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak
semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.
Pertamanya boleh kah Anwar
menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan
oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal
lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah
bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini.
Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari
perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap
waktu dan keadaan.
Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai
mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan
Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah
hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa
keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar
tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita
mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.
Jika Azmin kali ini bertindak berlainan dengan PKR dan Anwar, ramai yang
tidak akan menyalahkan Azmin, kerana beliau adalah pengasas PKR bersama
Wan Azizah dan telah begitu setia dengan PKR terutamanya kepada Anwar
sendiri. Jika ada peluang, Azmin selama ini mengintai jawatan yang di
sandang oleh Khalid itu. Lantaran jika Khalid diketepikan maka beliaulah
yang sepatutnya dipertimbangkan sebagai pengganti.
Jika Azmin dipertimbangkan oleh Anwar, keluarganya (Anwar) sendiri tidak
menyokong Azmin. Begitu juga PAS tidak begitu selesa dengan Azmin.
Sebelum pun PAS dapat bersuara Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR
telah menempelak PAS dan memberitahu PAS yang PKR mempunyai moral politik yang tinggi untuk menentukan siapa Menteri Besar bagi Selangor.
Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap
caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan
yang mana matanya. Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan
matahari terbit
dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi.
Selangor kini ibarat sebuah bukit yang terlalu banyak singa dan
harimaunya. Tidak dapat lagi menetukan yang mana pinggan dan yang mana
piring.
Keadaan sekarang ‘tidak lemak lagi dek santan’
dan ‘tidak kuning dek kunyit lagi’. Ramai pemimpin akan kecundang,
Datang mereka tidak nampak mukanya dan perginya tidak nampak belakang
mereka.
Keadaan seperti ini tidak akan berlaku jika PKR tidak melakukan kerja
yang merumitkan mereka ini. Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan
‘misadventure’ politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.
Kenyataan Anwar semasa mengumumkan isterinya menjadi calon pengganti
Khalid, beliau telah memberikan jaminan yang isterinya itu mampu
menstabilkan keadaan di Selangor. Sekarang elok kita mengingatkan Anwar
yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti
ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah.
Bagi saya hanya dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini.
Pertamanya dibatalkan sahaja niat untuk memberhentikan Khalid dan cara
yang kedua ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan
pilihanraya negeri sekali lagi.
Jika diambil pilihan kedua ini ia boleh memberikan pengajaran kepada
mana-mana parti terutamnya PKR dan Anwar secara peribadinya, yang tidak
semua orang yang sentiasa bernasib baik dalam semua tindakan dan
perbuatan. Cuaca tidak semestinya baik sentiasa. Ingatkan panas hingga
ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Jika PKR dan PR tidak dapat membaharui kemenangan yang mutlak seperti
pilihanraya dahulu, maka tindakan terburu-buru PKR untuk membuang
Menteri Besar pilihannya sendiri itu merupakan satu ‘misadventure’
politik yang tidak ada tolok banding hasil negatifnya.
Tetapi yang lebih dalam lagi implikasinya dengan keadaan seperti ini,
impian Anwar untuk ke Putrajaya hanya Allah sahaja yang boleh membantu
beliau kesana. Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya
terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan
alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR
sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu.
Anwar sedang menghadapi masalah ‘intra’ dan ‘interparty’ yang sangat serius. ~aspan alias
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.