Masa ditanya adakah kehadiran lanun-lanun Sulu tersebut akan mengancam keselamatan penduduk Sabah, jawapannya spontan, mereka datang untuk melancong. Dan kemudian dia memberi amaran agar mereka 'meletak jawatan'.
Hasilnya, 10 orang anggota pasukan keselamatan dengan sebahagian besar adalah anggota PDRM, terkorban. Ada yang ditembak, ada yang disembelih dan tidak kurang juga yang dipancung oleh lanun-lanun Sulu.
Tengah malam tadi, lanun Sulu menyerang lagi. Kali ini Pulau Mabul jadi sasaran. Pulau peranginan tersebut diserang hendap dan empat orang anggota Pasukan Gerakan Marin PDRM yang sedang makan, terpaksa mempertahankan diri serta melaporkan kehadiran para penjenayah tersebut kepada pangkalan mereka.
Seorang terkorban dan seorang lagi diculik. Seperti biasa, lanun dapat memboloskan diri dan operasi mencari dan memburu hanya dilancarkan beberapa jam kemudian menggunakan pesawat, helikopter dan bot.
Ketika ditanya, Zahid yang terdesak untuk memberikan jawapan, berdalih, kononnya lanun-lanun Sulu itu datang menyerang kerana membalas dendam setelah pergerakan mereka kini tidak semudah dahulu apabila ESSCOM mengetatkan kawalan.
Jawapan yang sungguh melucukan.
Bagaimana yang dikatakan kawalan ketat? Serangan ke atas Pulau Mabul hanya dihadapi oleh empat orang anggota polis. Manakala agensi-agensi kawalan keselamatan yang lain, tidak berada di kawasan sekitar.
Macam mana dikatakan ketat kalau 8 orang lanun Sulu yang lengkap bersenjata berat boleh meloloskan diri dan melakukan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan negara?
Zahid sedang bergurau atau apa?
Macam mana pula kalau dikatakan kawalan bersahaja atau kawalan biasa-biasa yang tidak ketat? Barangkali seluruh anak beranak, cucu cicit Sulu boleh menyeberang dan menceroboh Sabah sesuka hati?
Telah terbukti beberapa kali kawasan serangan adalah sama, tetapi setiap kali itulah juga Kerajaan Najib akan memberikan jawapan yang sangat menggelikan hati, sama seperti jawapan yang diberikan Zahid kononnya lanun menyerang kerana kawalan ketat ESSCOM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.