Followers

Saturday, July 26, 2014

Perintah berkurung jamin aspek keselamatan negara !!

Photo: Perintah berkurung jamin aspek keselamatan negara !!

Published: 25 July 2014

Aspek keselamatan negara perlu diutamakan semasa perintah berkurung bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang kekangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar).

Beliau berkata kerajaan mengetahui perintah berkurung menjejaskan aktiviti masyarakat terutama golongan nelayan, namun ia perlu diterima bagi mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita tahu dan faham pelaksanaan perintah berkurung menjejaskan masyarakat khususnya nelayan. 

Namun keselamatan negara mesti kita utamakan dan saya percaya pelaksanaan perintah berkurung adalah langkah terbaik untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita semasa melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di pos kawalan Polis Gerakan Am di Pulau Mabul, Kapalai dan Singamata dekat Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak keselamatan juga perlu tegas dan tidak berkompromi dengan pihak yang enggan mematuhi arahan perintah berkurung yang bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

"Kita tahu bukannya mudah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai perintah berkurung. Tetapi saya yakin pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mempunyai kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah itu," katanya.

Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga Jeti Tawau.

Ia bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika yang meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.

Mengenai lawatannya, Mohd Shafie berkata ia bertujuan meninjau anggota keselamatan yang bertugas semasa musim perayaan di pulau-pulau berkenaan.

"Dalam lawatan ini saya turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan dan mengingatkan agar mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna turut bertemu penduduk Pulau Mabul dan mengingatkan mereka agar bekerjasama dengan mematuhi peraturan perintah berkurung selain meminta mereka menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.

Turut serta dalam lawatan itu Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong. – Bernama, 25 Julai, 2014.
 
Themalaysianinsider.com Aspek keselamatan negara perlu diutamakan semasa perintah berkurung bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang kekangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar).

Beliau berkata kerajaan mengetahui perintah berkurung menjejaskan aktiviti masyarakat terutama golongan nelayan, namun ia perlu diterima bagi mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita tahu dan faham pelaksanaan perintah berkurung menjejaskan masyarakat khususnya nelayan.

Namun keselamatan negara mesti kita utamakan dan saya percaya pelaksanaan perintah berkurung adalah langkah terbaik untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita semasa melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di pos kawalan Polis Gerakan Am di Pulau Mabul, Kapalai dan Singamata dekat Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak keselamatan juga perlu tegas dan tidak berkompromi dengan pihak yang enggan mematuhi arahan perintah berkurung yang bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

"Kita tahu bukannya mudah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai perintah berkurung. Tetapi saya yakin pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mempunyai kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah itu," katanya.

Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga Jeti Tawau.

Ia bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika yang meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.

Mengenai lawatannya, Mohd Shafie berkata ia bertujuan meninjau anggota keselamatan yang bertugas semasa musim perayaan di pulau-pulau berkenaan.

"Dalam lawatan ini saya turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan dan mengingatkan agar mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna turut bertemu penduduk Pulau Mabul dan mengingatkan mereka agar bekerjasama dengan mematuhi peraturan perintah berkurung selain meminta mereka menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.

Turut serta dalam lawatan itu Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong. – Bernama, 25 Julai, 2014.

Themalaysianinsider.com
 .

Perintah berkurung jamin aspek keselamatan negara

Aspek keselamatan negara perlu diutamakan semasa perintah berkurung bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang kekangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar).
Beliau berkata kerajaan mengetahui perintah berkurung menjejaskan aktiviti masyarakat terutama golongan nelayan, namun ia perlu diterima bagi mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita tahu dan faham pelaksanaan perintah berkurung menjejaskan masyarakat khususnya nelayan. Namun keselamatan negara mesti kita utamakan dan saya percaya pelaksanaan perintah berkurung adalah langkah terbaik untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita semasa melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di pos kawalan Polis Gerakan Am di Pulau Mabul, Kapalai dan Singamata dekat Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak keselamatan juga perlu tegas dan tidak berkompromi dengan pihak yang enggan mematuhi arahan perintah berkurung yang bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi. "Kita tahu bukannya mudah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai perintah berkurung. Tetapi saya yakin pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mempunyai kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah itu," katanya.
Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga Jeti Tawau.
Ia bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika yang meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.
Mengenai lawatannya, Mohd Shafie berkata ia bertujuan meninjau anggota keselamatan yang bertugas semasa musim perayaan di pulau-pulau berkenaan.
"Dalam lawatan ini saya turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan dan mengingatkan agar mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna turut bertemu penduduk Pulau Mabul dan mengingatkan mereka agar bekerjasama dengan mematuhi peraturan perintah berkurung selain meminta mereka menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.
Turut serta dalam lawatan itu Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong. – Bernama, 25 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-jamin-aspek-keselamatan-negara#sthash.AQ4U4i20.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.