Followers

Sunday, July 20, 2014

Patutlah MH17 Guna Ruang Udara Ukraine.. Ini Puncanya

 
Ketika pelbagai pihak menyalahkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana mengambil laluan di atas kawasan pergolakan di timur Ukraine, media Jerman melaporkan penerbangan Singapura (SIA) melalui kawasan itu lebih banyak kali berbanding MAS.

SIA melalui kawasan Donetsk yang dikuasai pemberontak Ukraine itu sebanyak 75 kali berbanding MAS yang hanya melaluinya sebanyak 48 kali, lapor Der Spiegel.

Majalah berita itu melaporkan penerbangan Rusia Aeroflot melaluinya sebanyak 86 kali sepanjang tujuh hari lalu, Ukraine International Airlines 62 kali manakala syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa, 56 kali.

Penerbangan itu direkodkan dalam masa tujuh hari lalu dalam radius 150 batu dari bandar industri Ukraine."Dari segi ranking syarikat penerbangan, MAS berada di tempat kelima iaitu 48 penerbangan... data menunjukkan Donetsk mempunyai trafik udara yang sibuk," kata Spiegel Online.

"Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah satu perbuatan rawak atau kesilapan, ia boleh juga berlaku kepada pesawat pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa yang lain."MH17 terbang di paras 10,060m – 300m di atas ruang udara larangan – di timur Ukraine apabila ia ditembak jatuh dan membunuh semua 298 orang di atas kapal.

UK Daily Mail melaporkan, walaupun MH17 terbang di ruang udara yang tidak ada larangan, namun syarikat penerbangan diberi amaran tentang potensi bahaya di kawasan itu.Putrajaya, bagaimanapun, mempertahankan laluan penerbangan yang diambil oleh MH17, berkata Malaysia tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa ia tidak selamat.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata syarikat penerbangan komersil dari 15 negara Asia Pasifik juga menggunakan laluan penerbangan yang sama.

MAS dalam satu kenyataan semalam berkata, MH17 meminta untuk terbang di 10,600m lebih dari ruang udara Ukraine, tetapi sebaliknya diarahkan pusat kawalan trafik udara di negara itu untuk terbang di 10,060m.

"Sebelum kemalangan itu, pihak berkuasa Ukraine hanya mengehadkan ruang udara sehingga 9,700m, mengikut Eurocontrol," tulis Spiegel Online."Pada ketinggian yang lebih tinggi, bagaimanapun, tidak ada sekatan ke atas trafik  udara awam.

"Hanya selepas tragedi berlaku ke atas MH17,   ruang udara itu disekat sepenuhnya."Jurucakap dari Lufthansa, Thomas Jachnow, memberitahu Spiegel Online syarikat penerbangan itu kerap terbang di timur Ukraine sehingga Khamis.Pada hari Khamis, selepas MH17 ditembak jatuh, empat penerbangan Lufthansa ditukar laluannya, kata Jachnow.

Semasa sidang akhbar semalam, media asing dan tempatan menekan Liow mengapa MH17 mengambil laluan penerbangan di zon konflik itu, dan adakah Malaysia sedia untuk memikul tanggungjawab untuk MH17 ketika mengambil laluan itu.

"Malaysia Airlines menggunakan laluan itu banyak kali, bertahun-tahun dan inilah sebab mengapa MH17 mengambil laluan penerbangan itu," kata Liow.

Liow menolak tanggapan bahawa MAS cuba menjimatkan kos bahan api dengan mengambil laluan itu dengan berkata 15 daripada 16 syarikat penerbangan Asia Pasifik masih menggunakan laluan tersebut. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.