Kuala Lumpur: “Apa yang berlaku dengan MH17 tiada kaitan dengan nombor itu tetapi ia hanya kebetulan.
“Umat Islam kena jaga, ia kepercayaan bidaah dan khurafat, bukan ajaran
Islam,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut
ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang suka mengaitkan angka 17 dengan kejadian insiden pesawat MH17.
Angka 17 menjadi viral dalam laman sosial kononnya mempunyai nilai tersendiri.
Catatan
itu menunjukkan: MH17 kali pertama diterbangkan pada 17/7/1997,
terhempas pada tarikh 17/7/2014 iaitu genap ulang tahun ke-17
penerbangan itu.
Nooh berkata, kepercayaan seperti itu menyalahi ajaran Islam dan tidak harus berlaku.
“Kepercayaan ini harus dihentikan segera kerana boleh merosakkan iman dan akidah kita sebagai Islam.
“Sesiapa yang percaya dengan perkara ini harus bertaubat dengan segera, mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya,” katanya.
Mimpi Senja.
##################################################
Komen:
Pada saya tidak karut - Allah memberi peringatan kepada Umat Islam supaya JANGAN TINGGALKAN SOLAT 5 Waktu - Jumlah rakaat = 17.
Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.