Followers

Friday, July 25, 2014

Lagi Pesawat Terhempas ? Terkini: Pesawat Air Algerie Disahkan Terhempas

 
Pesawat Air Algerie yang hilang telah terhempas, 
lapor Reuters
 
(Diterbitkan pada: Julai 24, 2014 22:04 MYT)
 
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Air Algerie dari Burkina Faso ke Algiers telah terhempas, lapor Reuters.

“Saya boleh mengesahkan pesawat itu telah terhempas,” kata seorang seorang pegawai kerajaan Algeria kepada Reuters .

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago berkata pesawat itu memohon kebenaran untuk mengubah haluan pada 0138GMT (9.38 p.m. EDT) kerana ribut di kawasan laluan.

Reuters juga melaporkan bahawa lebih separuh daripada penumpang pesawat itu adalah rakyat Perancis.

Dua pesawat pejuang tentera Perancis telah dihantar ke kawasan itu untuk mencari pesawat itu.

Ia dilaporkan bahawa pesawat penumpang itu hilang hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan agensi berita kebangsaan APS, syarikat penerbangan itu telah menggerakkan satu pelan kecemasan untuk mengesan pesawat AH5017.

Menurut satu sumber, pesawat itu hilang hubungan apabila ia berada di ruang udara Mali ketika menghampiri sempadan Algeria.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.