Followers

Friday, July 25, 2014

75 Orang Anak Yatim Dari Gombak Ditipu Di Johor Baharu ??

 



Johor Bahru: Seramai 75 kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan termasuk 20 anak yatim dan lapan pengiring dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor terpedaya dengan janji seorang lelaki yang kononnya mahu menganjur majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan di Hotel Berjaya Waterfront di sini, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Faiz itu didakwa menghubungi surau kampung berkenaan pada 21 Julai.

Lelaki berkenaan mengaku sebagai orang tengah bagi menganjurkan majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa tajaan hotel berkenaan.

Selepas berasakan diperdaya, pengiring mereka bertindak membuat laporan polis selepas gagal menghubungi lelaki berkenaan selepas tiba di hotel itu bersama kanak-kanak terbabit dengan bas sewa khas jam 3 petang.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya merujuk siasatan kes berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

"Siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Usaha untuk mengenal pasti lelaki yang didakwa memperdayakan mereka sedang dijalankan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.