Followers

Thursday, July 3, 2014

Kes Jalan Runtuh - Marah Dijadikan Bahan Jenaka Di Internet Bomba Keluarkan Kenyataan

Semuanya bermula akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah semalam telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.




Antara gambar yang menjadi viral dilaman maya terutamanya twitter dan whatsapp ialah gambar anggota bomba dilihat memasang pita pelekat di tempat rekahan yang mengundang pelbagai reaksi lucu di alam maya.




Salah 1 sebab anggota letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA!!!

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh.

Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan, Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan.

Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum member komen yang berunsurkan GURAUAN.

*** Jika tak tahu bertanya, dan jangan buat buat TAHU***

Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.