Followers

Friday, July 4, 2014

Diplomat Rogol Di N. Zealand - Akhirnya Anwar Juga Yang Dipersalahkan

 Dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cubaan menutup kes dalam skandal diplomat di New Zealand bertujuan merosakkan reputasi negara ini, kata kerajaan.

"Tuduhan Anwar dalam temuramah dengan media New Zealand bahawa terdapat cubaan menutup kes adalah tidak benar sama sekali.
"Ini satu lagi cubaan oleh ketua pembangkang untuk mengambil kesempatan merosakkan reputasi Malaysia demi kelebihan politik peribadi,” kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan lewat petang semalam.


Jurucakap itu turut menyenaraikan bagaimana kerajaan New Zealand 'berterima kasih' kepada Malaysia kerana memberi kerjasama dalam kes seorang diplomat dituduh melakukan serangan seksual di Wellington.

Bagaimanapun Selasa lalu, kerajaan New Zealand mendedahkan dokumen yang menunjukkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia meminta semua pertuduhan ke atas diplomat itu digugurkan.

Tertuduh, pegawai waran Muhammad Rizalman Ismail (atas), kakitangan bantuan pertahanan ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu selepas mengekori wanita berusia 21 tahun pulang dan didakwa menyerang dengan niat merogol.

Beliau didakwa di mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat merogol, kedua-dua kes boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

ADMIN - APA PUNYA TURR DA AYAT DEPA NIE...
 
 
Bagaimanapun Selasa lalu, kerajaan New Zealand mendedahkan dokumen yang menunjukkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia meminta semua pertuduhan ke atas diplomat itu digugurkan.

HABIS NIE KERJA SIAPA YANG PEJ. S/JAYA TINGGI MALAYSIA SURUH SEMUA PERTUDUHAN DIGUGURKAN..ADAKAH ANWAR YANG JADI BOS DISITU YANG BAGI ARAHAN SURUH GUGUR KES.... 


BILA DAH K'JAAN NZ BISING BARU KELAM KABUT NAK FOLLOW UP..SEBELUM NIE SUNYI SEPI JA SELEPAS MAMAT TU DIBAWA BALIK...

- kedahlanie



 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.