KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara bergurau
berkata, beliau gembira Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar cukup sihat untuk hadir mesyuarat Kabinet hari ini.
Perdana menteri dalam catatan Twitternya kepada Khairy berjenaka bahawa cuti sakit menteri itu ditolak: "@KhairyKJ glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting. #MCDitolak"
Najib menghantar tweet berkenaan kepada Khairy yang sebelum itu mencatatkan mesej Twitter kepada perdana menteri untuk kononnya memohon cuti sakit.
Khairy berkata :"@NajibRazak Boss. Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam.
"Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC. #CubaNasib".
Khairy pagi tadi menyertai hampir 1,000 belia menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dengan Croatia menerusi skrin gergasi yang dipasang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.
"Baru hari pertama Piala Dunia ramai (termasuk saya) yang berwajah seperti kucing (gambar profil Twitter Khairy) tapi mati-mati tak nak mengaku," kata Khairy. - Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.