SHAH ALAM:
Tindakan speaker menolak semua soalan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Ismail menimbulkan kekecohan di kalangan Adun dan petugas media
memandangkan beliau adalah Presiden PKR dan berpengalaman sebagai ahli
Dewan Rakyat sebelum ini.
Speaker
Hannah Yeoh menolak mentah 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
Perkara ini berlaku berikutan Wan Azizah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat DUN.
Perkara
tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal kerana soalan yang
dikemukakan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan sedangkan semua
soalan yang disediakan melebihi had yang dibenarkan oleh Pejabat DUN.
Wan
Azizah turut menjadi Adun yang telah menghantar soalan paling banyak
untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.
-fmt
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.