Followers

Tuesday, June 17, 2014

Bangunan MAIS terbakar ketika sidang media isu Bible ?


SHAH ALAM 16 JUN: Sidang media 100 NGO yang menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersabit isu Bible terpaksa dihentikan separuh jalan apabila berlaku kebakaran di tingkat bawahnya tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12:30 tengah hari itu menyebabkan 50 NGO, wartawan dan wakil Mais bilik mesyuarat di Tingkat 10 Bangunan Mais Shah Alam bergegas keluar menyelamatkan diri.


Pada awalnya walaupun loceng kebakaran berbunyi, tetapi ia tidak dihiraukan sehinggalah seorang kakitangan masuk ke dalam bilik menghentikan sidang media dan meminta semua mengosongkan bangunan tersebut.

Ketika melalui tingkat 9, ternampak kepulan asap yang tebal dan semua orang turun menggunakan tangga dan berkumpul di dataran luar bangunan.

Hal ini menyebabkan sidang media yang bermula kira-kira jam 12:15 itu dibatalkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu tersebut dan berdasarkan laporan awal kejadian kebakaran melibatkan tranformer penyaman udara di Tingkat 9.

“Punca kejadian masih disiasat,” katanya dipetik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.