Followers

Saturday, June 28, 2014

Abang tidak mampu jaga adik OKU

 
WANITA OKU tersenyum selepas menerima sumbangan sambil ditemani Ismail (kiri) dan Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf.


Tumpat: Keluarga wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 30-an yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) semalam selepas dipercayai dikurung selama 10 tahun di dalam sebuah bilik di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini mengaku tidak mampu menjaga mangsa kerana dikatakan sering bertindak agresif.

Abang tiri mangsa, Ismail Che Ibrahim, 57, berkata, adiknya itu sebelum ini pernah mendapat rawatan di beberapa pusat penjagaan tetapi tidak berpuas hati kerana tiada penjagaan yang sempurna.

"Disebabkan agak agresif adik terpaksa dikurung di dalam bilik di bawah rumah.

"Bagaimanapun pemantauan sering dilakukan di bilik itu termasuk diberi makan sebanyak tiga kali sehari," katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini sebentar tadi.

Mangsa yang kini dirawat di Hospital Tumpat stabil tetapi belum dapat dikategorikan tahap status mentalnya dan memerlukan rujukan daripada pakar psikiatri.


Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.