Ini adalah isu rebutan sebenarnya
Tapi macam mana BN nak nak bawa isu kaum?
Dah memang yang bertanding kat situ wakil BN adalah Cina Gerakan.
Kalaulah calon dari UMNO yang bertanding kat situ dah awal-awal lagi UMNO dan juak-juaknya akan memainkan isu yang sama
Belum apa-apa lagi Zahid dah pun ugut anggota RELA tapi SPR kata tak salah sebab Zahid hanya beri ingatan!
Aku bukan sangat nak sokong kenyataan Anwar tetapi walau siapa pun isunya adalah di situ
Dah memang yang bertanding kat situ wakil BN adalah Cina Gerakan.
Kalaulah calon dari UMNO yang bertanding kat situ dah awal-awal lagi UMNO dan juak-juaknya akan memainkan isu yang sama
Belum apa-apa lagi Zahid dah pun ugut anggota RELA tapi SPR kata tak salah sebab Zahid hanya beri ingatan!
Aku bukan sangat nak sokong kenyataan Anwar tetapi walau siapa pun isunya adalah di situ
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapannya bersama calon
DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Teluk Intan
semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei,
2014.
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Dyana Sofya Mohd Daud
akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama di Teluk Intan sekiranya
beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini, ketika serangan
karakter ke atas beliau dalam Internet semakin memuncak.
Dalam ceramah
di Kampung Terengganu, Teluk Intan di hadapan kira-kira 200 masyarakat
Melayu tempatan, Anwar berkata mereka akan dapat melihat buat kali
pertama kaum sendiri menjadi wakil di Parlimen itu.
"Ini kali
pertama Teluk Intan menyaksikan calon Melayu bertanding di kerusi ini.
Di Teluk Intan ini, di mana kaum Melayu tidak pernah menang, kita
sekarang bawa calon kaum Melayu yang muda, berkemampuan," kata Anwar.
Anwar
memberitahu orang ramai tiada harapan sekiranya orang ramai mengundi
calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga merupakan
presiden Gerakan."Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara
kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua."
Anwar mendakwa
selaku ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau menyaksikan bagaimana kaum
Melayu diabaikan di bawah pemerintahan Gerakan sebelum DAP menawan
negeri Pulau Pinang pada 2008.
"Umno kata
'hidup Melayu'. Tetapi mereka rompak tanah dan kekayaan orang Melayu dan
hanya tolong kroni mereka. 'Hidup Melayu'? Bodoh!" kata Anwar.
"Sekarang
mereka serang Dyana dengan teruk. Kadangkala Umno terlupa untuk hina
saya kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana," katanya.
Lawan Dyana
melakukan serangan peribadi dan ke atas karakter beliau, malah
melabelnya sebagai pengkhianat kepada Umno, parti di mana ibunya
merupakan ahli.
Gambar
seakan-akan Dyana berbikini juga tersebar meluas dalam Internet,
pengkritik melihatnya sebagai usaha untuk memburukkan imej "keMelayuan"
beliau kepada pengundi.
Malahan, poster
bikini itu juga menjadi modal kempen apabila disebarkan ke kawasan
surau dan perkampungan Melayu sekitar Teluk Intan.
Kerusi Teluk Intan mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).
DAP pertama
kali memenangi kerusi yang dikenali sebagai Teluk Anson dalam PRU 1969
apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA, Dr Ng Kam
Poh.
Bagaimanapun,
sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen pada 1974, 1984
dan 1993, kawasan Parlimen Teluk Anson berubah komposisi dan
pengundinya yang menyebabkan calon-calon Gerakan hanya memenangi kerusi
itu mulai PRU 1974.
Calon DAP, M Kula Segaran memecahkan tradisi itu apabila memenangi kerusi itu pada 1995. – 26 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.