Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas),
mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengantung tugas Pengarah
Imigresen Negeri Sembilan dan pegawainya, atau diarah bercuti sehingga
satu siasatan lengkap dijalankan.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini ialah untuk mengelakkan gangguan siasatan oleh pihak polis dan KDN.
Dalam sidang media sebentar tadi, Mohd Ridzuan berkata satu laporan
polis di buat pada hari Sabtu, 24 Mei; berkenaan kenyataan Timbalan
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Kawalan, Datuk Sakib
Kusmi dalam media (Harian Metro/Sinar Harian), bertarikh 23 Mei 2014.
“Hasil operasi bersepadu Imigresen Ibu Pejabat Pusat dan agensi kerajaan
pada 22 Mei 2014, jam 12.00 tengahari hingga 05.00 petang, di Nilai 3;
seramai 151 warga asing ditahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen
1959/63 dan Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen.
“Ini membuktikan apa yang dilapor oleh Ikhlas semenjak tahun 2013
terbukti benar. Ikhlas meminta pihak KDN dan polis menjalankan siasatan
rapi bagaimana Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini boleh lolos dan
berada di Nilai 3.
“Ini belum dijalankan operasi seluruh Negeri Sembilan. Siapakah dalang di sebalik kejadian ini?
“Ikhlas juga meminta pihak polis melindungi atau memantau semua Ahli
Jawatankuasa Ikhlas Pusat, dari disabotaj atau diancam oleh mana-mana
pihak rentetan laporan polis yang dibuat ini.
“Saya minta pihak polis jalankan siasatan berkenaan kes ini serta
memantau jika agensi lain bersubahat sama, kerana ini kepentingan serta
keselamatan negara dan rakyat.
“Tujuan laporan polis di buat untuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Zahid Hamidi; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Tan Sri Abu Kassim dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta untuk
rujukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Mohd
Ridzuan. ~fmt
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.