Followers

Tuesday, May 13, 2014

PERKASA dakwa Najib gopoh gugurkan Ahmad Said.


Photo: Selasa, 13 Mei 2014.

Perkasa dakwa Najib gopoh gugurkan Ahmad Said.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh menukar menteri besar Terengganu hingga menjejaskan kedudukan Barisan Nasional di negeri itu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh menukar menteri besar Terengganu hingga menjejaskan kedudukan Barisan Nasional di negeri itu. 

Gambar fail The Malaysian Insider.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh dalam membuat pertukaran menteri besar di Terengganu sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasa di negeri itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata Najib sewajarnya menimbangkan permintaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya tidak lama lagi.

“Difahamkan beliau (Ahmad) ada minta tangguh selepas selesai anaknya kahwin. Najib kata tidak setuju. Kalaulah betul itu yang diminta, Najib patut timbang dan tidak gopoh menerima peletakan jawatan Ahmad.

“Kena bijak buat keputusan yang menggembirakan semua pihak. Sekarang nasi sudah jadi bubur,” katanya melalui pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Ahmad melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Najib selepas permintaan untuk menangguhkan peletakan jawatannya ditolak dan menyifatkan perkahwinan anak Ahmad sebagai urusan peribadi, lapor Astro Awani.

Setakat ini, tiga Adun Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun, Ahmad berkata akan lebih ramai Adun Umno mengisytiharkan keluar parti tidak lama lagi.

Ibrahim berkata, Najib sewajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggugurkan Ahmad sebagai menteri besar Terengganu kerana BN tidak mempunyai kedudukan yang kukuh di negeri itu.

Katanya, Najib tidak pernah belajar daripada sejarah dan enggan mengambil iktibar di atas kesilapan lalu.

“Di Terengganu BN lebih dua kerusi. Patut hati-hati dan berhemah. Apatah lagi melibatkan Ahmad yang sudah jadi menteri besar.

“Inilah akibat bila lupa sejarah dan tidak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.
Ibrahim berkata, dirinya juga pernah disingkirkan dari Umno sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi namun menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Sehubungan itu, katanya, Ahmad perlu menerima dengan baik apa yang diarahkan Najib untuk mengundurkan diri sebagai menteri besar.

“Saya dulu digugurkan oleh Abdullah sebagai ketua bahagian Pasir Mas tanpa sebab. Abdullah malukan saya. Saya tanding bebas PRU12. PAS selamat dua kerusi untuk terus memerintah Kelantan.

“Masa itu Najib sebagai timbalan presiden dan pengarah jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Posted & copy by Rakyat Marhaen Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh menukar MB Terengganu hingga menjejaskan kedudukan Barisan Nasional dinegeri itu. 

 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh dalam membuat pertukaran menteri besar di Terengganu sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasa di negeri itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata Najib sewajarnya menimbangkan permintaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya tidak lama lagi.
 
“Difahamkan beliau (Ahmad) ada minta tangguh selepas selesai anaknya kahwin. Najib kata tidak setuju. Kalaulah betul itu yang diminta, Najib patut timbang dan tidak gopoh menerima peletakan jawatan Ahmad.

“Kena bijak buat keputusan yang menggembirakan semua pihak. Sekarang nasi sudah jadi bubur,” katanya melalui pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Ahmad melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Najib selepas permintaan untuk menangguhkan peletakan jawatannya ditolak dan menyifatkan perkahwinan anak Ahmad sebagai urusan peribadi, lapor Astro Awani.

Setakat ini, tiga Adun Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun, Ahmad berkata akan lebih ramai Adun Umno mengisytiharkan keluar parti tidak lama lagi.

Ibrahim berkata, Najib sewajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggugurkan Ahmad sebagai menteri besar Terengganu kerana BN tidak mempunyai kedudukan yang kukuh di negeri itu.

Katanya, Najib tidak pernah belajar daripada sejarah dan enggan mengambil iktibar di atas kesilapan lalu.


“Di Terengganu BN lebih dua kerusi. Patut hati-hati dan berhemah. Apatah lagi melibatkan Ahmad yang sudah jadi menteri besar.

“Inilah akibat bila lupa sejarah dan tidak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.
 
 
Ibrahim berkata, dirinya juga pernah disingkirkan dari Umno sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi namun menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Sehubungan itu, katanya, Ahmad perlu menerima dengan baik apa yang diarahkan Najib untuk mengundurkan diri sebagai menteri besar.

“Saya dulu digugurkan oleh Abdullah sebagai ketua bahagian Pasir Mas tanpa sebab. Abdullah malukan saya. Saya tanding bebas PRU12. PAS selamat dua kerusi untuk terus memerintah Kelantan.

“Masa itu Najib sebagai timbalan presiden dan pengarah jawatankuasa pengurusan,” katanya.

 
 
Posted & copy by Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.