Pergolakan
UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri
Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat
seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.
Semalam
The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan
Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku
pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.
The Star
menyebut dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul
Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan
dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Detik
perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri
Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau
akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di
negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun
selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu
berundur secara baik.
Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.
Surat
sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan
sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri
selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana
Menteri.
Walau
bagaimana pun disebelah Datuk Seri Ahmad Said perkara ini tidak dianggap
terlalu serius kerana kedudukan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Rakyat (PAS) yang memperoleh 15
kerusi.
Ini
memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Said untuk menekan musuh
politik dikalangan parti sendiri dengan ugutan keluar parti.
Malah
Ahmad Said telah pun memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO Terengganu
dengan pelbagai sokongan. Tak hairan kalau kita lihat banner dan kain
rentang menyatakan sokongan ini telah terpapar dimerata tempat.
Malah Jabatan Penerangan Negeri juga digunakan untuk kempen kekal MB.
Baru-baru
ini Ketua Umno Bahagian Marang yang telah mengambil ketetapan dalam
satu retreat Umno Bahagian itu menyokong penuh Dato’ Seri Haji Ahmad
Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri
Terengganu.
Malah
beberapa orang exco termasuk Nawi Haji Mohammad merupakan Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan
Komoditi negeri juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Seri Haji
Ahmad.
Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.
Kalau
dulu ada usaha-usaha membuat undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad
Said pernah berjumpa Dato' Harun Taib untuk membuat rundingan dan bila
akhbar bertanyakan hal ini dia selamba menjawab datang untuk membeli
kambing Ustaz Harun Taib. Takkan tak ada kambing UMNO!!!
Pihak
kami dimaklumkan beberapa orang kuat DS Ahmad Said telah berjumpa dengan
YB Ustaz Saiful Bahri Mamat untuk suatu rundingan Ustaz Saiful Bahri
Mamat sekarang ini adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kebetulan
adalah anak buah Ustaz Harun Taib paling kanan.
Ada
pihak bertanyakan Ustaz Saiful tentang perkara ini beliau menafikan
wujud perjumpaan berkenaan dan berkata bersedia untuik berbincang dengan
Ahmad Said jika dia berhasrat untuk berjumpa.
Datuk
Seri Ahmad Said juga bermasalah sekarang ini dengan Sultan Terengganu,
Pertabalan Sultan baru-baru ini tidak ada jemputan untuk Wakil Rakyat
malah tiada pingat diberikan.
Tiada majlis yang menunjukkan Sultan sudah
tidak suka Mat Said. Mat Said hanya ada peluang dengan PR sahaja bagi
mempertahankan kedudukannya.
Pihak
kami difahamkan orang kuat Ahmad Said telah memberikan amaran jika
perkara ini mengaibkan MB dan jawatan timbalan menteri seperti
dijanjikan tidak ditunaikan DS Najib akan kehilangan Terengganu.
Betul ke Mat Said warning Najib melalui Orang kuatnya?? Kita nak lihat "Nelang Mat Said"
TEMPAYAN RETAK
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.