Senat: Sebanyak 9,214 PATI, 125 Majikan Ditahan Sejak Januari - Wan
Junaidi ~~
LAWAK BETUL DARI LEBIH SATU JUTA PATI CUMA 9,214 YANG DAPAT
DITAHAN??
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Sebanyak 9,214 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan sejak Ops Bersepadu 6P Fasa II dilancarkan di seluruh negara Januari lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau memberitahu Dewan Negara, operasi yang bermula pada 21 Jan itu turut menahan sejumlah 125 majikan kerana melindungi pendatang asing menerusi 1,424 operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi keselamatan.
Sehingga 2 April lepas, kira-kira 13,000 Pati berjaya dihantar semula ke negara asal masing-masing, katanya menjawab pertanyaan Sen. Datuk Chiw Tiang Chai di Dewan Negara di sini Selasa.
Chiw ingin tahu kesan daripada operasi itu dalam usaha menggempur warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Wan Junaidi berkata mereka yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tinggal di negara ini tanpa memiliki parspot atau dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi masa yang dibenarkan serta memiliki pasport palsu.
Berhubung penghantaran pulang pekerja warga asing itu, beliau berkata kos perjalanan pulang ditanggung oleh pihak majikan, perwakilan atau waris Pati berkenaan selain dibantu Suruhnjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
Operasi 6P Fasa 2 digerakkan bagi membersihkan Pati selepas tempoh yang diberikan kepada mereka dan majikan mereka untuk mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (PKPP) berakhir.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.