KUALA LUMPUR - Jalan selamat bagi Umno untuk mengelakkan
ketidakstabilan dan ketidaktentuan di Terengganu hanyalah dengan segera
mengadakan pilihan raya negeri.
"Biarlah rakyat yang akan menentukan sama ada mereka mahukan kerajaan BN atau PR yang memerintah negeri itu," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, jika ketika krisis di Perak dulu yang turut diketuai oleh Najib yang diarahkan oleh Pak Lah mengetuainya, proses mengadakan pilihan raya negeri semula begitu ditolak sehingga menggunakan proses mahkamah kerana bimbangkan keputusan yang lebih buruk, kini sebagai Perdana Menteri, Najib perlulah menunjukkan kejantanannya yang sebenar.
Baginya, selagi tidak diserahkan semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan, pelbagai perkara yang di luar jangkaan boleh berlaku bila-bila masa saja.
Beliau berpandangan, jika BN terus dipilih oleh rakyat, ia akan membuktikan wibawa Najib dan Umno dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
"Jika ditakdirkan BN kalah pula, sekurang-kurangnya Najib dapat membuktikan kejantanannya dan kalah pula secara jantan," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.