Followers

Wednesday, May 14, 2014

Jangan salahkan Najib - Ahmad Maslan

 
KUALA LUMPUR  - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak wajar menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri tidak memberi pertimbangan berhubung permintaannya untuk meletakkan jawatan selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkenaan sebenarnya telah pun melangsungkan kenduri anak perempuannya itu pada 10 Mei lalu di Kuala Terengganu yang dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sehubungan itu jelas Ahmad, kenduri pada 17 Mei yang bakal dilangsungkan di kampung halaman bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kenduri pertama seperti didakwa sesetengah pihak.



"Lebih-lebih lagi, soal peletakan jawatan ini sudah lama diketahui Ahmad dan beliau mempunyai kesemua ruang untuk mengubah tarikh kenduri berkenaan. 

Kini mulalah timbul spekulasi kenapa tarikh ini dipilih Pusat untuk beliau meletakkan jawatan, padahal Ahmad sememangnya sudah tahu tarikh sebenar untuk mengundurkan diri," katanya kepada pemberita selepas Sesi Penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Kementerian Kewangan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.


Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.