Followers

Monday, May 19, 2014

Ini Sahaja Ilmu Yang Ada Pada Macai Umno.. Kesian..!



Inilah kualiti dan mutu serta yang mampu macai UMNO lakukan untuk menyerang calon DAP/PR PRK Parlimen P076 Teluk Intan, Calon DAP Dyana Sofya Daud.

Maki hamun, caci cerca mencarut ... lebih pada tu tidak mampu dilakukan .. mungkin itu saja ilmu yang ada atau cara yang digalakan oleh UMNO untuk menyerang pihak lawan kot????

Patutlah sejak internet wujud dan aktif di negara kita UMNO/BN jauh ketinggalan dari segi penguasaan dan penerimaan rakyat dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

Kalau ikut dari kuantiti para penggiat siber, jumlah dan angka UMNO jauh melebehi berlipat kali ganda dari para pejuang Pakatan Rakyat tapi dari segi penerimaan dan kepercayaan rakyat jauh ketinggalan .. manakan tidak ... rakyat yang mengakses internet ialah rakyat yang berilmu, berpendidikan tinggi yang akan hanya menerima berita jika ianya tidak menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan mereka .. 


Kalau berita maki hamun mencarut caci cerca akan dihumban terus ke tong sampah tanpa banyak bicara.




- mediaorangkampung

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.