Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.
MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitmen terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.
"Obama pernah berkata di Myanmar kepada pemimpin pembangkang yang ditemui beliau 'Perubahan yang dilancarkan dari tingkat atas masyarakat harus bertepatan dengan aspirasi rakyat yang membentuk asasnya'," kata MP itu lagi, yang juga anak perempuan Anwar. (Mkini).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.