DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri
apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam
kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.
Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai. Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.
Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.
Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan. -Malaysiagazeete

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.