Followers

Wednesday, April 16, 2014

VIDEO - MH370 : Banyak Yang Disembunyikan Oleh Kerajaan Umno BN !

 

MH370: Persoalan utama masih belum dijawab
[sinar]- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.


          Anwar: Media manipulasi kenyataan penyelesaian kehilangan MH370

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang masih tidak menjawab persoalan pokok berhubung kehilangan pesawat MH370.

Tegasnya, keadaan itu bukan sahaja membabitkan soal kehilangan MH370 sebaliknya turut mendatangkan kesan ke atas soal keselamatan negara jika mereka masih lagi gagal menjawab persoalan berkenaan.

“Kalau tidak dapat dikesan dan sekarang Menteri Pertahanan ingin beli yang baru, apa masalah dengan Macroni Radar? Dengan beli peralatan baru masalah semua akan selesai?

“Kalau ikut SOP, jika kita dapat kesan melalui peralatan yang canggih, maka isyarat lampu merah akan berkelip dan dalam tempoh tiga minit dimaklumkan ke ruang TUDM berdekatan.

Kapal tentera akan belepas untuk iring keluar dari ruang udara dan ini tidak berlaku.

“Pimpinan Umno-BN terlalu sibuk dengan projek dan komisyen kekayaan mereka sehingga lupa keselamatan negara terancam kerana kecuaian,” katanya dalam saty sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, alasan ‘pesawat komersial’ adalah tidak relevan kerana setiap pesawat yang memasuki ruang udara tanpa izin termasuk helikopter perlu diiring keluar dan hal itu kerana kejadian 11 September adalah menggunakan pesawat komersial.

Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, persoalan pasport masih belum terjawab sehingga kini kerana sistem dokumentasi di negara ini adalah yang tercanggih di ASEAN, bah kan dieksport ke negara luar, selain isu senarai barangan kargo.

Pada masa sama, Anwar turut membidas kenyataan balas Najib yang dimanipulasi media dengan melaporkan beliau akan mengambil masa satu saat untuk menyelesaikan kes kehilangan MH370.

Anwar berkata, berdasarkan transkrip di dalam bahasa Cina beliau menyatakan sebaliknya.

“Saya akan mengambil masa satu saat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan negara dan memberikan maklumat kepada orang ramai,” katanya.


                                       Misteri MH370: Najib bidas Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam satu saat.
  
Beliau menyifatkan dakwaan pemimpin tersebut sebagai tidak masuk akal dan memperbodohkan rakyat Malaysia.

Najib berkata, kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39, hari ini memerlukan sokongan dari negara luar berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan.

"Ini memang tidak masuk akal sama sekali malah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.

Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan  terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, hari ini berkata sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal membantu dalam misi pencarian MH370.

Selain itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang untuk membuat pencarian di udara membabitkan 62,063 kilometer persegi dan lokasi sasaran berada pada 2,170 kilometer barat laut Perth.

 - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.