Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.
Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah
atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera
litar tertutup (CCTV).
Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat
menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan
telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.
Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.
Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.
Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.
Cananglanie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.