Followers

Wednesday, April 30, 2014

Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan ~ Husam



Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

"Kita hendak tahu cadangan PAS. Kita tidak tahu lagi sebenarnya. Kalau PAS hendak kemukakan pada kita, kita sedia terima," Najib berkata.TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.