Followers

Tuesday, April 1, 2014

Taklimat MH370: PR persoal kenapa Hisham 'LARI'

 
KUALA LUMPUR - Keengganan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberi taklimat MH 370 kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menggambarkan kerajaan BN tidak serius mencari jalan penyelesaian berhubung kehilangan pesawat itu.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dijadualkan akan mengikuti taklimat MH370 oleh Hishamuddin pada malam ini.

Bagaimanapun Hishamuddin pula tidak berada di dalam negara kerana mengikuti sidang yang lain di Hawaii.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa menteri berkenaan akan memberi taklimat itu kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat sering menegaskan akan memberi komitmen dalam membantu kerajaan dalam operasi SAR untuk menjejak MH370.

"Kita sedia beri kerjasama apatah lagi lihat banyak percanggahan berlaku di antara satu agensi dengan agensi lain.

"Tetapi pagi ini kita dapat maklumat menteri pun lari untuk hadir sidang lain," katanya dalam sidang media si lobi parlimen.

Katanya, percanggahan maklumat MH370 yang berterusan di kalangan menteri akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada usaha SAR bagi menjejak pesawat tersebut.

"Shahidan bersetuju membentuk hanya selepas kotak hitam dijumpai tetapi keesokannya Hishamuddin menafikan tidak ada PSC lepas kotak hitam dijumpai,"katanya.

Justeru Pakatan Rakyat mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) berhubung MH370 segera dibentuk supaya mengembalikan keyakinan rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah kecewa apabila pihaknya terpaksa mencari maklumat pesawat terbabit dari luar bukannya daripada kerajaan sendiri.

"Sepatutnya dalam isu yang besar ini kita wajar mendapat maklumat daripada orang pertama iaitu kerajaan bukannya maklumat luar. Kerajaan pula harus jujur dan telus memberi maklumat itu,"katanya.

Tegasnya, percanggahan maklumat yang berlaku di kalangan menteri seolah-olah menafikan Pakatan Rakyat untuk diberi peluang bertanya.

"Kita hendak bantu kerajaan agar peristiwa besar ini diuruskan dengan baik,"katanya -Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.